CELCOM Power Icon |
| Published: January 3, 2008, 10:02 pm |
| Tags: celcom |
|
Menjadi tanda tanya besar kepada aku. Kenapa Power Icon CELCOM menggunakan orang luar negara? Pemain bola sepak luar negara. Pemuzik dari Indonesia. Sungguh aku tertanya-tanya. Tak adakah muka Malaysia yang boleh dijadikan Power Icon? Dulu apabila Steven Rahman datang Malaysia, maka dia pun boleh jadi Duta Celcom. Aku pun tak faham. Lima kali tak faham. (Nota: Steven Rahman adalah orang yang separuh Malaysia, yang dijemput berlakon sebagai Hang Tuah dalam Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang) Buat menghabiskan beras sahaja. Maya Karin jadi duta Celcom itu betul. Sebab dia warga negara Malaysia, berada di Malaysia menggunakan talian telefon Malaysia. Power Icon antarabangsa dikaitkan dengan Celcom untuk apa? Takkan berada di London tetapi menggunakan talian telefon mudah alih Malaysia pula? Kalau tak silap aku, (kalau tak silapla, mungkin aku silap) Gurmit Singh pun pernah jadi model iklan Celcom. Aneh bukan? Tak ada talian telefon mudah alihkah di Singapura sehingga Gurmit Singh [ Full article ] |
|
|
No Comments...